KAABAH
Adalah Baitullah Al Haram
Yang berada ditengah-tengah masjidilharam
Dibangunkan oleh Ibrahim dan jugaIsmail
Yang melalui pelbagai dugaan ketika itu
Ketika Hajar isterinya Ibrahim
ketika Ismail Lahir dari rahim ibunya Hajar
Ketika itu Sarah madunya Hajar cemburu
Meminta Ibrahim membawa Hajar jauh dari penglihatannya
Lalu ALLAH mewahyukan kepada Ibrahim
Agar membawa Hajar keluar dari Palestin menuju MEKKAH
Ketika ia meninggalkan Ismail dan hajar isterinya yg tercinta
Disuatu lembah yg tiada berpenghuni
Bertanya Hajar "wahai Ibrahim! kemana hendak pergi?
Pertanyaan seorang isteri yg akan ditinggalkan
ditinggalkan dilembah yg sunyi tanpa penghuni
tiada apa apa untuk dimakan
Pertanyaan Hajar tidak dijawab
Hajar pun pun berkata
adakah ini perintah ALLAH terhadap mu
Ibrahim pun menjawab "YA"
jika begitu tentu ALLAH tidak akan membiarkan kami, jawab HAJAR
Ketika itu Ibrahim pun berdoa
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yg tiada tanaman
didekat rumah mu yg dihormati,
ya tuhan kami agar mereka mendirikan solat,
maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung
kepada mereka dan beri rezekilah mereka
dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur"
Dalam pertemuan yg beberapa kali
dan salah satu kunjungan IBRAHIM menemui ISMAIL
dalam kerinduan anak terhadap seorang ayah
ISMAIL bangun menyambut ayahnya dan memeluk ayahnya
lantas IBRAHIM menyampaikan perintah ALLAH
Mahukan kau membantuku "pertanyaan IBRAHIM"
aku akan membantumu "jawab ISMAIL"
yg hormat dan patuh pada ayahnya
ALLAH memerintahkan kepadaku membuat rumah ibadat disini
sambil menunujuk kesebuah anak bukit
anak bukit yang sedikit tinggi dari tanah sekitarnya
maka dilaksanakan bersama sama perintah allah itu
ISMAIL mencari dan mengangkat batu
IBRAHIM yang memasangnya
ketika dinding sudah mulai tinggi
IBRAHIM memijak satu batu untuk dipasang dibahagian atas
batu itulah yg dikenali sebagai MAQAM IBRAHIM
sambil berdoa
"Ya tuhan kami, terimalah amalan kami! sesungguhnya
engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui"
(al-baqarah 127)
lalu mereka tawaf mengelilingi bangunan tersebut iaitu kaabah
![]() |
MAQAM IBRAHIM |
![]() |
FOOT PRINT IBRAHIM AND OLD MAQAM IBRAHIM |
![]() |
KISWAH KAABAH DIGANTI |
![]() |
KAABAH N MAQAM IBRAHIM |
inside kaabah
No comments:
Post a Comment