Followers

Monday, November 8, 2010

DERUAN RINDU



















 

7 nov 2010 (10pm)
Deruan rindu


Angin malam yg bertiup
Bertiup sejuk ke dalam kalbu
Awan gelap berarak sepi
Menemaniku yg sedang rindu


Wahai angin yg bertiup malam
Sampaikan ,sampaikanlah salam
Buat kedua orang tuaku yang menunggu
Menunggu khabar dari ku dihujung sayu


Wahai angin yg bertiup malam
Khabarkan kepada mereka
Tentang rindu ku dimalam ini
Sampaikan jua kepada saudara saudaraku


Wahai angin yg bertiup malam
Bertiup lah dipipi orang yg kusayang
Berituplah hingga ketulang sejuk
Biar terasa kucupan ku diangin malam


Wahai angin yg bertiup malam
Bertiup lah kau di dalam pelukan mereka
Biar terasa terlepas duka
Kerinduan yang sama terasa


wahai awan yg berarak sepi
beraraklah kau di hujung mimpi
beraraklah kau bersama angin malam
menyampaikan salam di malam kelam


wahai allah yg mencipta
ciptakan kepadaku angin rindu
supaya dapat aku sampaikan kerinduan ku
kepada orang yg merinduiku


wahai allah yg mendengar
dengarkanlah bisikan kalbu
supaya dikabulkan segala doa
supaya aku dalam redho mu


wahai orang yg merindu
terimalah kiriman angin malam
terimalah kiriman awan sepi
terimalah sebagai pengubat rindu dihati


wahai orang yg merindu
malam ini aku bertuah
kerana angin malam menemaniku
awan sepi mengiringiku
semoga allah mengkabulkan doaku.


Wahai orang-orang yg merindu ku


No comments:

Post a Comment

SHAKLEE

shaklee logo photo: Shaklee Logo 7ddf62c5.jpg